Home Dunia 1,000 penduduk Christchurch dipindahkan

1,000 penduduk Christchurch dipindahkan

Kawasan penempatan penduduk di Port Hills yang diancam kebakaran besar. Foto Agensi

CHRISTCHURCH – Lebih daripada 1,000 orang diarah keluar dari kediaman masing-masing selepas diancam kebakaran besar.

Malah, bandar ketiga terbesar di New Zealand itu turut diisytiharkan dalam keadaan kecemasan

Kebakaran di daerah Port Hills bermula awal minggu ini tetapi merebak dengan cepat semalaman hingga meliputi lebih daripada 1,800 hektar, berkata pekerja kecemasan.

Perdana Menteri, Bill English membatalkan semua penglibatan beliau dan berolak ke Christchurch untuk memantau perkembangan.

“Keadaan masih sangat serius,” kata David Adamson, Pengawal Pertahanan Awam Christchurch.

“Polis dan Tentera Pertahanan bertugas semalaman untuk memantau perpindahan penduduk dan melakukan  rondaan keselamatan kawasan yang telah dipindahkan,” katanya.

Sebanyak 15 buah helikopter dan pesawat digunakan untuk memadam kebakaran.

Perubahan arah angin yang telah diramalkan lewat minggu ini yang akan menurunkan suhu dan kelembapan serta mengawal kebakaran. – MalaysiaGazette