KUALA LUMPUR – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan yang melarang remaja berusia bawah 18 tahun keluar rumah tanpa pengawasan orang dewasa selepas jam 10 malam.
Ia juga menyatakan jika arahan itu tidak dipatuhi, remaja terbabit dan ibu bapa mereka akan diarahkan menjalani sesi kaunseling selama dua bulan tanpa kompromi.
Kononnya, ibu bapa remaja terbabit juga dikatakan akan berdepan dipenjarakan atau disaman RM5,000 kerana gagal mengawal tingkah laku anak masing-masing, selain polis akan mengambil tindakan tegas kepada ibu bapa yang ingkar arahan itu.
Sultan Johor dalam satu kenyataan di dalam Facebook rasminya, menyangkal perintah larangan yang kini viral di media-media sosial susulan tragedi yang meragut nyawa lapan remaja yang sedang berbasikal pada jam 3 pagi, Sabtu lalu.
“Sultan Ibrahim menyangkal dan menolak kenyataan palsu tersebut.
“Harap maklum bahawa pihak istana tidak mengeluarkan arahan terbabit,” titah baginda. – MalaysiaGazette