MANCHESTER – Paul Pogba didakwa pernah diserang individu bernama Akbar di restoran Curry House di sini baru-baru ini selepas dia dikatakan enggan menandatangani autograf ketika sedang menjamu selera.

Seorang saksi yang melihat kejadian itu telah memberitahu wartawan The Sun, Sean Paul Doran:

“Dua peminat berang selepas Pogba tidak memenuhi permintaan mereka untuk menandatangani autograf.

“Pogba ketika itu sedang menikmati makanan bersama rakan-rakan dan berasa tidak selesa dengan perhatian orang ramai.”

Jurucakap Polis Manchester bagaimanapun berkata, pegawai polis dihubungi selepas menerima laporan berlakunya kekacauan di sebuah restoran di Liverpool Road di sini.

Apabila pegawai polis cuba menghubungi premis berkenaan kembali, talian gagal disambungkan seketika.

Apabila pegawai polis berjaya menghubungi, pengacau berkenaan dilaporkan sudah melarikan diri.

Tiada aduan selanjutnya dibuat selepas itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast