KUALA LUMPUR – DBiTV berhasrat menjadi pelopor portal pengiklanan di negara ini dalam usaha membantu golongan usahawan mempromosi produk mereka di atas talian dan laman sosial.

Pengasasnya, Datuk Nourul Iman berkata, DBiTV menjanjikan potensi pemasaran perniagaan pelanggan akan dikenali ke seluruh dunia.

Jelasnya, ini kerana portal pengiklanan tersebut menggunakan teknologi penggambaran terkini serta tenaga kreatif yang profesional.

“DBiTV kini berbangga kerana semakin menjadi pilihan golongan usahawan untuk memuatkan info perniagaan untuk ditularkan di Youtube, Facebook, Twitter, Instagram, WeChat, WhatsApp, Blog dan Fan Page.

“Selari dengan perkembangan semasa, kami menyediakan pakej pengiklanan di laman sosial dengan durasi selama seminit hingga lima minit.

“Justeru, cara pengiklanan ini amat sesuai terutama untuk usahawan baharu yang ingin mempromosi produk mereka menggunakan teknologi yang kreatif, canggih dan lebih pantas untuk dikenali orang ramai,” katanya kepada MalaysiaGazette baru-baru ini.

DBiTV dimiliki AFS Pictures Sdn. Bhd dan portal itu dibangunkan dengan kos RM20,000.

Nourul menambah, harga untuk sebuah iklan penuh berdurasi seminit hingga lima minit adalah RM3000.

Jelasnya, pelanggan akan mendapat sebuah video simpanan yang akan dihantar melalu email dan diberi juga cakera padat (CD).

“Jika pelanggan memilih untuk pakej teaser berdurasi seminit, iklan tersebut akan ditularkan selama sebulan selepas proses pembikinan menyiapkan video tersebut selesai.

“Kami juga memerlukan ejen-ejen pemasaran dan mereka hanya dikenakan pendaftaran sebanyak RM100 bagi melayakkan mendapat bisnes kad, kit jualan, pilot video dan kursus pengiklanan selama sejam, website sendiri serta mendapat komisen tinggi.

Untuk maklumat lanjut tentang DBiTV, orang ramai boleh Norman di talian 019-240 6334 atau Zac (014-608 3836). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast