Kuala Lumpur- Mass Rapid Transit Corporation Sdn. Bhd. (MRT Corp.) menganugerahkan kerja-kerja bernilai RM2.73 bilion merangkumi pakej jejambat dan satu pakej stesen bagi pembinaan MRT laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya.

Dalam kenyataannya di sini hari ini, MRT Corp. berkata, Pakej Kerja V2015 bagi pembinaan dan penyempurnaan jejambat serta kerja-kerja berkiatan daripada Kampung Muhibbah ke Serdang Raya dianugerahkan kepada Trans Resources Corporation Sdn. Bhd. dengan nilai kontrak sebanyak RM858.18 juta.

MRT Corp. berkata, tender bagi Pakej Kerja V205 yang diletakkan di bawah kategori terbuka bermula pada 1 November 2016 dan ditutup pada 12 januari 2017.

Tambahnya, sejumlah lima syarikat telah menghantar tender dan pembida yang berjaya telah dianugerahkan dengan pakej kerja terkini bagi pembinaan MRT SSP Line.

Gadang Engineering (M) Sdn. Bhd. telah dianugerahkan dengan pakej kerja V206 bernilai RM952.09 juta bagi pembinaan dan penyempurnaan jejambat dan kerja-kerja berkaitan dari Serdang Raya ke UPM.

Pakej ketiga yang akan dianugerahkan adalah Pakej Kerja V209 bagi pembinaan dan penyempurnaan jejambat dan kerja-kerja berkaitan dari Persiaran Alpinia ke Persiaran APEC yang dianugerahkan kepada Acre Works Sdn. Bhd. Jumlah kontrak adalah RM715.99 juta.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast