Tayyip Erdogan. foto: REUTERS

ANKARA – Presiden Turki, Tayyip Erdogan menyifatkan Belanda cuba bertindak seperti ‘banana republic’ (negara tidak stabil) dan seharusnya dikenakan sekatan kerana melarang menterinya berucap di Rotterdam.

Ia dijadikan bahan kempen politik Ankara luar negara.

Erdogan mensasarkan bilangan terbesar warga Turki yang tinggal di benua Eropah, khususnya di Jerman dan Belanda untuk membantu kemenangan dalam membawa referendum baharu pembentukan kuasa politik baharu pada bulan depan.

Dalam ucapannya di Perancis, Menteri Luar Turki, Mevlut Cavusoglu menyifatkan tindakan Belanda sebagai ‘modal fasisme’ kerana negara itu didakwa menyertai negara Eropah lain untuk menghalang ahli politik Turki daripada mengadakan perhimpunan.

Belanda didakwa bertindak demikian kerana bimbang ketegangan politik di Turki akan merebak ke komuniti mereka.

Kelmarin, Belanda menghalang Cavusoglu daripada terbang ke Rotterdam dan menyekat Menteri Hal Ehwal Keluarga Turki, Fatma Betul Sayan Kaya daripada memasuki Konsulat Turki di Belanda.

Fatma kemudian diiringi pegawai meninggalkan Belanda ke Jerman.

Polis Belanda didakwa mengguna anjing dan meriam air untuk menyuraikan ratusan ribu penunjuk perasaan yang mengibarkan bendera Turki di luar Konsulat di Rotterdam.

Sesetengah penunjuk perasaan telah membaling batu dan botol dan sebahagian daripada mereka dipukul polis dengan cota, menurut saksi kepada Reuters.

Mengikut undian, kerajaan Belanda didakwa bakal kehilangan kira-kira separuh daripada kerusi dalam pilihan raya minggu ini.

Sebagai parti anti-Islam, Geert Wilders berkata, lawatan Perdana Menteri Turki tidak diingini Belanda dan ia tidak akan menyokong kempen mereka.

“Saya menyeru kepada semua organisasi antarabangsa di Eropah dan tempat lain untuk mengenakan sekatan ke atas Belanda,” kata Erdogan.

Perdana Menteri Turki sebelum ini berkata negara itu akan bertindak balas dengan cara paling keras tanya dinyatakan bentuk tindakan tersbut.

“Adakah Eropah membuka mulut kata apa-apa. Saya rasa tidak kerana mereka tidak bertelingkah sesama mereka.

“Belanda bertindak seperti sebuah ‘banana republic'” kata Erdogan dalam satu ucapan di Wilayah Kocaeli di Istanbul.

Namun Perdana Menteri Belanda,

Semalam, Mark Rutte berkata, kata-kata kesat Erdogan yang membandingkan Belanda dengan nazi tidak akan meredakan pertikaian diplomatik kedua-dua negara itu.

Rutte berkata, walaupun Belanda tidak berkonfrontasi dengan Ankara, ia perlu mempertimbangkan pilihan lain sekiranya Turki tidak berhenti daripada mengeluarkan sebarang kenyataan selepas ini.