Datuk Seri Mahdzir Khalid

ALOR SETAR – Kementerian Pendidikan masih menunggu laporan penuh daripada Jabatan Kesihatan Kelantan sebelum mengambil tindakan seperti menutup sekolah susulan penularan wabak selsema burung (H5N1) di negeri itu.

Menteri berkenaan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata laporan itu penting bagi menentukan apa bentuk tindakan dan langkah yang boleh diambil kementerian demi menjamin kesihatan pelajar dan murid tidak terjejas ketika berada di sekolah.

“Kalau tempat itu serius dengan wabak tersebut, kita boleh ke peringkat melarang pelajar ke sekolah tetapi kita perlu tunggu laporan Jabatan Kesihatan Kelantan sepenuhnya dahulu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis Penyerahan cek Peruntukan Khas kepada 74 Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Kedah dan Perlis di SJKC Keat Hwa di sini, hari ini.

Semalam Kelantan mengisytiharkan mengisytiharkan wabak H5N1 sebagai bencana negeri berikutan wabak itu merebak di dua lagi jajahan, iaitu Bachok dan Pasir Puteh, selepas Kota Bharu dan Pasir Mas.

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast