WASHINGTON – Korea Utara telah menjalankan satu lagi enjin roket yang dipercayai sebahagian daripada program pembangunan peluru berpandu antara benua.

Ujian terkini itu merupakan isyarat bahawa Pyongyang sedang ke hadapan dalam program senjata, sekali gus menimbulkan kebimbangan kepada Amerika Syarikat.

Beberapa pegawai Amerika Syarikat berkata, ujian itu dijalankan pada malam Jumaat dan ujian itu enjin mungkin boleh digunakan dalam peluru berpandu balistik antara benua (ICBM).

Awal bulan ini pemimpin Korea Utara Kim Jong-un berkata, negaranya telah menjalankan ujian enjin tujahan tinggi baru di stesen pelancaran roket Tongchang-ri dan pelancaran itu disifatkan sebagai “kelahiran baru” industri roket.

Media rasmi Korea Utara pula melaporkan enjin itu akan membantu mencapai keupayaan pelancaran satelit bertaraf dunia – menunjukkan ujian ini adalah jenis baru enjin roket untuk peluru berpandu jarak jauh.

Jong-un juga berkata, Korea Utara semakin hampir untuk ujian pelancaran ICBM.

Pakar-pakar berkata, Korea Utara telah menguji enjin roket dan haba perisai untuk ICBM semasa membangunkan teknologi peluru berpandu selepas kemasukan semula ke atmosfera.

Setelah kemajuan itu dibangunkan ICBM Korea Utara boleh mengancam benua Amerika Syarikat, iaitu kira-kira 9,000 km (5,500 batu) dari Korea Utara.

ICBM mempunyai rangkaian jarak minimum kira-kira 5,500 km (3,400 batu), tetapi ada yang direka untuk perjalanan 10,000 km (6,200 batu) atau lebih jauh. – MalaysiaGazette