KUALA LUMPUR –  Lelaki yang didakwa menawarkan RM2 juta kepada Sultan Johor telah menyerah diri kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Timbalan Ketua Pesuruhjayanya, Datuk Azam Baki berkata, lelaki itu menyerah diri pada petang tadi.

Lelaki itu datang ke ibu pejabat SPRM antara pukul 1 hingga 2 petang sebelum peguamnya tiba pada pukul 5 petang tadi.

Sehingga berita ini ditulis, lelaki yang berusia 54 tahun itu masih disiasat.

SPRM dijangka memutuskan untuk menahan atau membebaskan lelaki itu pagi esok.

Sultan Ibrahim Sultan Iskandar telah mendedahkan baginda ditawarkan RM2 juta untk mencadangkan nama kepada Ketua Setiausaha Negara untuk gelaran Tan Sri daripada Yang DiPertuan Agong.

SPRM telah memberi masa sehingga tengah malam ini bagi individu berkenaan untuk tampil atau identitinya didedahkan. – MalaysiaGazette