Borussia Dortmund.

JERMAN – Perlawanan pertama aksi Suku Akhir Liga Juara-Juara Eropah antara Borussia Dortmund dan AF Monaco yang sepatutnya berlangsung awal pagi tadi ditangguh serta merta.

Ia berikutan satu insiden bersiri tiga letupan bom yang berlaku berhampiran bas Borussia Dortmund sekitar 6 petang waktu tempatan selepas bas yang membawa pemain itu berlepas dari Hotel L’Arrivee dan Spa menuju ke stadium.

Insiden itu memaksa perlawanan itu ditunda ke 5.45 petang waktu tempatan (awal pagi Khamis).

Polis Dortmund dalam satu kenyataan selepas kejadian berkata, hasil siasatan mendapati serangan dilakukan menggunakan bahan letupan kuat.

“Bahan letupan itu mungkin diletakkan berhampiran lot tempat letak kereta,” katanya.

Kejadian itu berlaku sekitar 10 kilometer dari Stadium Signal Iduna Park dan kesemua pemain dibawa balik ke hotel segera.

Penjaga gol Burussia Roman Burki duduk berhampiran Marc Bartra semasa letupan berlaku dan berkata rakan sepasukan itu terkena serpihan kaca.

Jurucakap Dortmund Sascha Fligge berkata,” Marc Bartra akan menjalani rawatan pembedahan kerana dia mengalami kecederaan patah tulang di lengan kiri.

Marca Bartra menjalani pembedahan di lengan akibat parah terkena serpihan kaca akibat letupan bom bersiri berhampiran bas pasuka Borussia Dortmund menjelang aksi Liga Juara-Juara Eropah bertemu Monaco awal pagi tadi.
Marca Bartra menjalani pembedahan di lengan akibat parah terkena serpihan kaca akibat letupan bom bersiri berhampiran bas pasuka Borussia Dortmund menjelang aksi Liga Juara-Juara Eropah bertemu Monaco awal pagi tadi.Foto: SkySports

Jurucakap polis pula mengesahkan status Bartra sebagai parah.
Burussia dijadual bertemu Bayer Leverkusen dalam aksi Bundesliga pada Sabtu.

Kemudian Borussia akan berdepan Monaco dalam perlawanan timbal balik Rabu depan.

Jurucakap Dortmund juga mengesahkan kaca tingkap bas yang dinaiki pasukannya pecah dan impaknya terkena pada bahagian lain.

Sebahagian besar cermin tingkap bas Borrussia Dortmund rosak akibat letupan bersiri menjelang perlawanan suku akhir liga juara-juara eropah antara Borussia menentang Monaco awal pagi tadi. - Foto: SkySports
Sebahagian besar cermin tingkap bas Borrussia Dortmund rosak akibat letupan bersiri menjelang perlawanan suku akhir liga juara-juara eropah antara Borussia menentang Monaco awal pagi tadi. – Foto: SkySports

Persatuan Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) dalam satu kenyataan berkata, keputusan penangguhan perlawanan ke hari esok dibuat dalam mesyuarat tergempar di WEstfalenstadion antara UEFA dan waki, kedua-dua kelab itu.

Semasa kejadian hampir 80,000 kapasiti stadium dipenuhi penonton kedua-dua kelab itu sebelum perlawanan bermula.

Para penyokong Monaco menunjukkan solidaritinya dengan mengucap Dortmund! Dortmund!

Keputusan penundaan perlawanan itu sangat tepat kerana keselamatan pemain, pegawai dan penyokong sentiasa diutamakan.

Dalam perkembangan sama, Polis German telah menjumpai sepucuk surat di lokasi kejadian yang berbunyi “serangan bersasar” terhadap bas pasukan Borussia Dortmund.

Kawalan skuad Polis terkuat dilaksanakan disekitar kawasan stadium sehingga perlawanan esok.

Polis juga mengesahkan pihaknya bersiap sedia dengan anjing pengesan letupan sambil menegaskan punca serangan dan pihak bertanggungjawab masih belum dipastikan.- MalaysiaGazette