Home Nasional PM ucap tahniah pada Azizulhasni

PM ucap tahniah pada Azizulhasni

KUALA LUMPUR – Kejayaan jaguh basikal negara, Azizulhasni Awang merangkul pingat emas dalam acara keirin Kejohanan Berbasikal Trek Dunia UCI di Hong KongĀ  turut dikongsi sama oleh Perdana Menteri.

Datuk Seri Najib Razak menerusi akaun Twitternya sebentar tadi mengucapkan tahniah kepada Pocket Rocketman, jolokan yang diberikan kepada Azizulhasni.

“Juara Dunia Keirin 2017, #PocketRocketMan ! Tahniah @AzizulAWANG menang Kejohanan Track Berbasikal di Hong Kong! #Kebanggaanku #Negaraku,” kata beliau.

Pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Rio 2016 menghadapi tentangan sengit daripada lima pelumba lain sebelum mencecah garisan penamat untuk meraih pingat emas dalam perlumbaan yang diadakan di Hong Kong Velodrome Park.

Azizulhasni dan Muhammad Shah Firdaus akan memberi tumpuan acara pecut individu, yang berlangsung Sabtu ini. – MalaysiaGazette