Sultan Sharafuddin Idris Shah menerima replika cek zakat benilai RM150,000 daripada Pengarah Urusan Demi Idaman, Datuk Azli Abd Rahman. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 17 APRIL 2017.

KOTA DAMANSARA – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan menerima pembayaran zakat perniagaan bernilai RM150,000 dari Demi Idaman Sdn Bhd. kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Ia disampaikan oleh Pengarah Urusan Demi Idaman, Zakarian Saad.

Hadir pada majlis penyerahan zakat itu Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman di Nouvelle Idustrial Park, Kota Damansara, Selangor.

Turut hadir Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Reaksi ceria Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman ketika berkenan melihat pameran barangan kemas yang dipamerkan oleh YaPEIM GOLD pada Majlis Pelancaran Operasi Syarikat Demi Idaman Sdn. Bhd. di Nouvelle Idustrial Park, Kota Damansara, Petaling Jaya Selangor. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 17 APRIL 2017
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman melawat pameran barangan kemas yang dipamerkan oleh YaPEIM GOLD

Demi Idaman merupakan syarikat pengilang emas muslim pertama yang ditubuh pada akhir tahun 2015.

Baginda kemudiannya berkenan melawat pameran barangan kemas yang dipamerkan oleh Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM).

Kakitangan Demi Idaman Sdn. Bhd. Nor Hikmah Zainal,25 menunjukkan 1kilo jongkong emas 999 yang tertera logo Idaman selepas Majlis Pelancaran Operasi Syarikat Demi Idaman Sdn. Bhd. di Nouvelle Idustrial Park, Kota Damansara, Petaling Jaya Selangor. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 17 APRIL 2017
Kakitangan Demi Idaman Sdn. Bhd., Nor Hikmah Zainal,25 menunjukkan jongkong emas sebarat satu kilogram. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 17 APRIL 2017

Selesai lawatan, baginda turut berkenan menandatangani plak menandakan perasmian majlis pelancaran operasi syarikat berkenaan. – MalaysiaGazette