LONDON – Arsenal akan menentang Chelsea pada final Piala FA selepas menewaskan Manchester City 2-1 dalam masa tambahan aksi separuh akhir di Stadium Wembley malam tadi.

Perlawanan akhir dua seterus London itu akan berlangsung pada 27 Mei ini.

Keputusan itu meletakkan pengendalinya, Arsene Wenger pada zon selesa musim ini selepas kebanyakan penyokong menuntut dia meletak jawatan.

Pada perlawanan itu, Arsenal bangkit dari ketinggalan selepas Sergio Aguero meledak gol ke-30 peribadinya musim ini pada minit ke-63, bermula dengan hantaran Yaya Toure.

Pemain Sepanyol, Nacho Monreal menyamakan kedudukan sembilan minit kemudian selepas menyempurnakan hantaran lintang Alex Oxlade-Chamberlain.

Dalam masa tambahan, sebaik Aguero dikeluarkan oleh City, Alexis Sanchez menjaringkan gol kemenangan Arsenal. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast