Heath Ledger

NEW YORK – Sembilan tahun selepas kematian tragis Heath Ledger kini keluarga mendiang menafikan punca pemergian pelakon itu ada kaitan dengan watak Joker dalam filem Batman.

Kakaknya, Kate Ledger memberitahu, watak antagonis dipegang oleh adiknya itu tidak memberi sebarang gangguan emosi kepada mendiang.

“Saya benar-benar terkejut kerana dia (Heath) senang dengan watak Joker malah setiap laporan media keluar bahawa dia mengalami depresi kerana watak Joker sebenarnya telah membebaninya,” katanya.

Sebelum itu, Katy ditemui semasa majlis penerbitan dokumentari I Am Heath Ledger di sini.

“Heath memiliki selera humor yang luar biasa dan saya rasa mungkin hanya keluarga serta teman dekatnya yang mengetahui hal itu,” katanya.

Heath Ledger tewas beberapa bulan selepas menghabiskan lakonan sebagai Joker dalam filem garapan Christopher Nolan, The Dark Knight.

Aktor Australia itu ditemui mati di aparmentnya di New York akibat penggunaaan dadah secaa berlebihan pada 22 Januari 2008.

Ketika itu, aktor itu baru berusia 28 tahun dan sejak itu kematiannya dikaitkan dengan beban watak Joker yang dibawanya yang kemudiannya menjadikan mendiang terpilih sebagai Aktor Terbaik daripada Oscar.

Sementara itu dokumentari I Am Heath Ledger itu juga memaparkan sisi sebenar mendiang dari pandangan keluarga, rakan dan aktiviti sehariannya semasa hidup.

“Ada beberapa hal mengerikan tentang Heath di luar sana. Saya harap ini menjadi jawapan kepada dakwaan yang mengelilingi kematiannya,” kata pengarah filem dokumentari itu, Matt Amato.

I Am Heath Ledger dijadualkan dikeluarkan pada Mei ini.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast