Home Dunia 2 terbunuh kereta api tergelincir

2 terbunuh kereta api tergelincir

Beginilah keadaan kereta api yang tergelincir di utara Greece yang menyebabkan dua terbunuh dan tujuh lagi cedera. foto ABC News

ATHENS – Sekurang-kurangnya dua orang terbunuh dan tujuh lagi cedera apabila kereta api tergelincir di utara Greece pada malam Sabtu dan meletup di sebuah rumah, kata pihak berkuasa.

Kereta api itu membawa 70 penumpang dalam perjalanan dari Athens ke bandar kedua terbesar Thessaloniki apabila ia tergelincir di bandar Adendro, kira-kira 37 kilometer dari stesen ia berlepas,  syarikat keretapi TRAINOSE.

Punca kemalangan itu belum diketahui.

Satu gerabak terhempas ke atas tingkat bawah sebuah rumah dua tingkat manakala berlanggar di bahagian sisi menyebabkan tingkat gerabak hancur.

Pemandu kereta api berkenaan dalam keadaan kritikal, kata TRAINOSE. – MalaysiaGazette