Shahrizat Abdul Jalil (tengah) beramah mesra bersama kanak-kanak yang menyertai pertandingan mewarna pada Program Ramadan Datang Lagi di Pangsapuri Mutiara Magna, Metro Prima, Kepong. foto FAREEZ FADZIL, 14 MEI 2017.

 

Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil bercakap pada sidang media selepas Program Ramadan Datang Lagi di Pangsapuri Mutiara Magna, Metro Prima, Kepong. foto FAREEZ FADZIL, 14 MEI 2017
Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil bercakap pada sidang media selepas Program Ramadan Datang Lagi di Pangsapuri Mutiara Magna, Metro Prima, Kepong. foto FAREEZ FADZIL, 14 MEI 2017

KUALA LUMPUR – Tindakan Majlis Syura Ulamak Pas yang memutuskan tahaluf siyasi dengan Parti Keadialan Rakyat (PKR) pada Khamis lalu membuktikan parti pembangkang dalam keadaan tidak menentu.

Demikian kata Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil sambil menyifatkan keputusan tersebut sudah dijangka dan bukan lagi satu kejutan.

“Wanita UMNO tak hairan dengan perkara itu. Ia satu perkara yang kita jangka.

“Saya nampak satu petanda bahawa pembangkang dalam keadaan kucar-kacir,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program ‘Ramadan Datang Lagi’ di Pangsapuri Mutiara Magna, Kepong, di sini, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Setiausaha Majlis Syura Ulamak Pas, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh pada Khamis lalu yang mengumumkan keputusan badan itu.

Katanya, Majlis Syura Ulamak Pas menerima usul memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR yang dibawa dalam Muktamar Pas ke-63, di Kota Sarang Semut, Kedah, bulan lalu.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat dengan merujuk kepada banyak pelanggaran syarat tahaluf siyasi yang dilakukan PKR sejak dua tahun lalu.

Antaranya tindakan PKR bukan sahaja tidak menyokong, malah menentang usaha Pas meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355. – MalaysiaGazette