Pas malam ini mengumumkan akan bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson pada 13 Oktober ini.
Pas malam ini mengumumkan akan bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson pada 13 Oktober ini.

KUALA LUMPUR – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang semakin baik selepas menjalani pembedahan menyampaikan salam kepada semua pihak yang mendoakannya.

Setiausaha Politiknya, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, itu ayat pertama keluar daripada bosnya itu selepas tempoh 24 jam kritikal rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).

“Antara perkara pertama yang disebut Tuan Guru (Abdul Hadi) setelah mula bersuara ialah supaya menyampaikan salam kepada semua pihak yang mendoakan kesihatan beliau,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Ahmad Samsuri, pagi tadi Ahli Parlimen Marang itu sudah nampak ceria dan mula menjamah makanan lembut.

Justeru, beliau berkata, pihak keluarga dan kepimpinan Pas mengajak ahli dan penyokong untuk terus berdoa agar proses pemulihan Abdul Hadi semakin baik.

Abdul Hadi sebelum itu berjaya menjalani pembedahan penggantian injap pada jantung di IJN kerana injap jantung yang bocor. – MalaysiaGazette