Chelsea sedia melepaskan Willian untuk berpindah ke pesaing terkuat EPL, Manchester United akhir musim ini. Getty Images)

STAMFORD BRIDGE – Juara Liga Perdana Inggeris (EPL) Chelsea bersedia membuka laluan kepada bintang sayapnya, Willian untuk menyertai pesaing terdekatnya, Manchester United.

Laporan di Stamford Bridge mendakwa skuad the Blues bersedia mendengar tawaran terbaik daripada Pengurus Manchester United Jose Mourinho untik pemain antarabangsa Brazil itu.

The Independant mendakwa Antonio Conte menyenaraikan enam pemain baharu untuk Chelsea di akhir musim ini.

Rombakan skuad itu menyaksikan Conte hanya berminat mengekalkan Edern Hazard dan  Pedro Rodriguez di jentera serangan.

Walaupun Willian menunjukkan aksi cemerlang dalam setiap aksi, namun pemain Brazil itu masih menjadi ‘pemanas’ bangku simpanan untuk the Blues musim ini.

Bekas pengurus Itali itu dijangkan berbelanja £200 juta untuk merombak pasukan kesebelasan utama nanti.

Untuk menampung kos pembelian pemain, Chelsea perlu melepaskan beberapa pemain dari pasukan utama.

Chelsea dikatakan bersedia mendengar sebarang tawaran untuk Willian daripada Manchester United.

Minggu lalu, laparan mendakwa hirarki Man United sedang meneliti peluang untuk membeli Gareth Bale dari Real Madrid.

Tetapi menurut Mourinho, Willian pemain penting bagi memperkukuhkan jentera serangan Man United sebagai persiapan menghadapi saingan EPL musim hadapan.

Pemain berusia 28 tahun itu beraksi dalam 14 perlawanan bersama Chelsea musim ini dan menjaringkan tujuh gol. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast