Mustapa berpuas hati dengan kempen calon BN Kelantan dan setakat ini tidak berlaku kekacauan.
Mustapa berpuas hati dengan kempen calon BN Kelantan dan setakat ini tidak berlaku kekacauan.

HANOI – Sesetengah rundingan semula Perjanjian Kerjasama Perdagangan Trans Pacific (TPP) perlu dilakukan jika ia dilaksanakan tanpa Amerika Syarikat, Menteri Perdagangan Malaysia, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata.

Walau bagaimanapun, katanya, keutamaan yang lebih besar untuk Malaysia pada masa ini adalah menyelesaikan rundingan Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP).

“Kami terbuka dan kekal komited dengan TPP. Saya realistik – tanpa Amerika Syarikat, ia akan mengubahnya…ia perlu beberapa rundingan semula.

“Keutamaan pertama untuk kami ialah RCEP, kata Mustapa kepada Reuters.

Beliau masih optimis Amerika Syarikat akan menyertai TPP yang telah dibatalkan oleh Presiden Donald Trump.

Perbincangan tentang TPP dan RCEP sedang berlangsung di Hanoi, Vietnam sempena mesyuarat menteri-menteri perdagangan dari negara-negara Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik. – MalaysiaGazette