Gambar hiasan

“Persepsi adalah nyata, walaupun ia bukan kenyataan” – Edward de Bono

Dalam bidang ekonomi, lazimnya garis pemisah antara persepsi dengan realiti adalah agak kabur. Isu sama ada inflasi IHP rasmi mencerminkan perubahan sebenar dalam kos sara hidup merupakan salah satu daripada perkara tersebut. Meskipun inflasi IHP secara relatif rendah dalam tempoh dua tahun yang lalu (2016: 2.1%; 2015: 2.1%), pengalaman orang ramai menunjukkan bahawa kos sara hidup mereka telah meningkat dengan ketara. Oleh itu, keupayaan IHP untuk menjadi pengukur yang baik bagi perubahan kos sara hidup di negara ini adalah diragui.

Terdapat tiga faktor yang membezakan kos sara hidup dengan inflasi. Pertama, kos sara hidup dan inflasi merupakan dua konsep yang berbeza seperti yang dihuraikan dalam Rencana: Inflasi dan Kos Sara Hidup dalam Laporan Tahunan 2015. Inflasi IHP dikira berdasarkan satu bakul barangan dan perkhidmatan yang mencerminkan corak penggunaan isi rumah Malaysia secara purata dan harga purata dalam ekonomi.

Setelah mengambil kira perbezaan corak perbelanjaan dan harga di pelbagai lokasi, inflasi IHP keseluruhan tidak akan mencerminkan dengan tepat kos sara hidup seseorang individu. Berdasarkan anggaran yang dibuat oleh staf Bank Negara Malaysia, kadar inflasi merentas kumpulan pendapatan dan negeri ternyata berbeza daripada purata kebangsaan.

• Jika dibuat perbandingan antara negeri, isi rumah di Kuala Lumpur mengalami kadar inflasi tertinggi 2.8% pada tahun 2016, lebih tinggi daripada purata inflasi kebangsaan 2.1 %.

• Jika dibuat perbandingan antara kumpulan pendapatan, isi rumah dalam kumpulan 20% terbawah daripada kumpulan pendapatan mengalami inflasi antara 0.12 hingga 1.12 mata peratusan lebih tinggi daripada isi rumah dalam kumpulan 20% teratas daripada kumpulan pendapatan.

Ini kerana bahagian perbelanjaan mereka yang lebih tinggi disalurkan untuk makanan, yang pada amnya mencatat kadar inflasi yang lebih tinggi berbanding barangan dan perkhidmatan lain.

Memandangkan IHP merupakan ukuran yang baik bagi perubahan paras harga pengguna secara keseluruhan dalam ekonomi, indeks ini menjadi penunjuk yang relevan dalam pengendalian dasar makroekonorni, seperti dasar monetari yang bertujuan untuk mempengaruhi ekonomi secara lebih meluas.

Kedua, walaupun IHP hanya mempertimbangkan perubahan tahunan harga barangan dan perkhidmatan, perbincangan mengenai isu kos sara hidup turut melibatkan aspek pendapatan. Isi rumah menerima kesan daripada kenaikan kos sara hidup bukan hanya apabila kos meningkat bahkan apabila pendapatan mereka tidak meningkat sejajar dengan kenaikan kos, yang seterusnya menyebabkan kuasa membeli mereka berkurangan.

Ketiga, persepsi orang ramai terhadap kenaikan harga juga berdasarkan pada beberapa pandangan berperasangka yang semulajadi. Hal ini kerana apabila pengguna menyatakan pandangan mereka, pandangan itu berdasarkan set maklumat yang berbeza daripada set: maklumat yang digunakan untuk mengira IHP rasnni. Set maklumat pengguna terdiri daripada kepercayaan awal, interaksi sosial dengan ejen ekonomi lain dan pengalaman sepanjang hidup.

Persepsi yang berperasangka ini boleh mempengaruhi jangkaan pengguna mengenai inflasi masa akan datang, dan seterusnya mengubah keputusan penggunaan dan pelaburan mereka. Dalam hal ini, pemahaman mengenai persepsi orang ramai mengenai inflasi adalah panting supaya bank pusat boleh merumuskan strategi yang berkesan untuk menguruskan jangkaan orang ramai mengenai inflasi.

Rencana ini menyenaraikan faktor yang mendorong persepsi orang ramai mengenai inflasi dan seterusnya menunjukkan ukuran kuantitatif bagi inflasi anggapan (perceived inflation). Rencana ini juga menerangkan faktor-faktor yang menyebabkan pencapahan (divergence) antara inflasi anggapan dengan inflasi IHP sejak kebelakangan ini.

Persepsi orang ramai mengenai inflasi dipengaruhi oleh pandangan berperasangka

Persepsi orang ramai mengenai inflasi dibentuk oleh pengalaman peribadi mereka dan dipengaruhi oleh dua pandangan berperasangka, iaitu pandangan berperasangka berdasarkan kekerapan dan pandangan berperasangka berdasarkan ingatan.

• Pandangan yang berperasangka berdasarkan kekerapan: Pandangan pengguna mengenai inflasi sebahagian besarnya dipengaruhi oleh perubahan harga barang yang kerap dibeli, termasuk barang tidak tahan lama seperti makanan dan barang penjagaan peribadi, yang lazimnya mengalami inflasi lebih tinggi

• Pandangan yang berperasangka berdasarkan ingatan: Pengguna lebih cenderung mengingati kenaikan harga dan tidak mengendahkan penurunan harga.

Untuk mengukur secara kuantitatif paras inflasi mengikut anggapan orang ramai, dua ukuran inflasi anggapan dibentuk, iaitu Indeks Harga Harian (Everyday Price Index, EPI)’ dan Indeks Harga Anggapan (Perceived Price Index, PePI)2. Kedua-dua indeks ini mengambil kira pandangan berperasangka berdasarkan kekerapan dan pandangan berperasangka berdasarkan ingatan.

i. Indeks Harga Harlan (EPI) ialah indeks yang terdiri daripada barangan dan perkhidmatan yang kerap dibeli (sekurang-kurangnya sekali sebulan) yang merangkumi pandangan berperasangka berdasarkan kekerapan. Indeks ini mencakupi 60% daripada bakul IHP dan tidak termasuk barangan yang jarang-jarang dibeli serta barangan bernilai tinggi seperti pakaian, peralatan rumah dan perbelanjaan percutian. Barangan yang harganya ditetapkan secara kontrak, seperti sewa, juga dikecualikan daripada pengiraan indeks ini kerana harganya jarang-jarang berubah.

Dalam bakul EPI yang diwajarkan sennula, kategori makanan dan minuman bukan alkohol mencakupi lebih daripada separuh (50.2%). Bersama-sama dengan kategori pengangkutan, barangan dan perkhidmatan ini secara kolektif mencakupi 66% daripada bakul EPI. Oleh itu, perubahan harga produk makanan dan bahan api mempunyai pengaruh yang agak besar terhadap inflasi EPI.

ii. lndeks Harga Anggapan (PePI) memperhalus EPI, dan menggabungkan pandangan berperasangka berdasarkan ingatan dengan pandangan berat sebelah berdasarkan kekerapan. Barangan dalam PePI adalah sama seperti EPI. Walau bagaimanapun, indeks ini hanya mengambil kira kenaikan harga kerana pengguna biasanya tidak mengendahkan penurunan harga. lndeks harga yang menurun diandaikan sebagai tidak berubah.

Meskipun dalam persekitaran inflasi yang rendah, orang ramai masih memberikan perhatian terhadap inflasi memandangkan terdapat persepsi berperasangka

Apabila ukuran inflasi anggapan dan inflasi IHP dibandingkan, inflasi EPI pada amnya lebih tinggi berbanding dengan inflasi IHP. Ini menunjukkan bahawa harga barangan yang sering dibeli meningkat dengan lebih cepat berbanding barangan yang jarang-jarang dibeli.

• Antara Julai 2013 hingga Disember 2014, terdapat beberapa siri kenaikan harga ditadbir seperti harga rokok, gula dan bahan api dalam negeri.

• Pada tahun 2016, inflasi makanan ketara lebih tinggi ekoran fenomena El-Nino.

• Berbeza keadaannya pada tahun 2015, wajaran lebih besar yang diberikan kepada kategori pengangkutan telah meningkatkan kesan negatif daripada harga bahan api yang lebih rendah. Hal ini telah menjadikan inflasi EPI lebih rendah daripada inflasi IHP.

Tidak dinafikan bahawa PePI mencatat kadar inflasi tertinggi.

• PePI nyata Iebih tinggi berbanding dengan inflasi IHP dan inflasi EPI. Pada tahun 2015, inflasi PePI naik pada kadar yang Iebih cepat berikutan pelaksanaan GST, yang telah menyebabkan kenaikan harga yang menyeluruh.

• Sebaliknya, meskipun inflasi IHP dan inflasi EPI meningkat dalam tempoh ini, kenaikan ini secara relatif Iebih sederhana kerana harga bahan api yang Iebih rendah. Walau bagaimanapun, harga bahan api yang Iebih rendah ini tidak diambil kira dalam inflasi PePI.

Usaha mendidik orang ramai mengenai inflasi dan penerangan yang jelas mengenai prospek inflasi adalah penting untuk menguruskan jangkaan ramai mengenai inflasi

Dengan mengambil kira pandangan berperasangka berdasarkan kekerapan dan pandangan berperasangka berdasarkan ingatan, ukuran inflasi anggapan menyokong pandangan ramai bahawa inflasi sebenar Iebih tinggi daripada inflasi IHP rasmi.

Meskipun persepsi ini tidak semestinya benar, kesannya mungkin benar kerana ejen ekonomi bertindak mengikut apa yang mereka percaya dan membuat keputusan penggunaan dan pelaburan yang sewajarnya, yang seterusnya memberikan kesan kepada ekonomi.

Contohnya, isi rumah yang menjangka inflasi akan meningkat dengan ketara mungkin akan menuntut upah Iebih tinggi yang melangkaui peningkatan produktiviti mereka. Ini lantas menyebabkan kenaikan harga pusingan kedua dan peningkatan upah-harga yang berterusan. Sebagai pilihan lain, isi rumah juga boleh mengurangkan penggunaan semasa mereka dengan ketara kerana menjangkakan kos sara hidup akan meningkat pada masa hadapan. Ini seterusnya boleh menyebabkan kegiatan ekonomi secara keseluruhan Iebih perlahan.

Oleh itu, penting bagi persepsi berperasangka ini dibetulkan untuk menguruskan jangkaan inflasi. Dalam hal ini, usaha akan ditumpukan kepada mendidik orang ramai mengenai inflasi, meningkatkan pemahaman mereka bahawa inflasi berbeza daripada kos sara hidup serta cara mengira inflasi. Juga penting untuk memastikan bahawa maklumat yang digunakan untuk membuat keputusan penggunaan dan pelaburan adalah betul.

Maklumat mengenai prospek dan trend akan datang inflasi juga perlu diterangkan bagi memberi keyakinan kepada orang ramai bahawa inflasi akan dikekalkan pada tahap yang rendah untuk jangka masa sederhana. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast