RIYADH – OPEC dan pengeluar minyak yang lain berada pada landasan untuk bersetuju lanjutan pemotongan bekalan pada mesyuarat yang dijadualkan hari Khamis ini.

Arab Saudi berkata, kebanyakan peserta bersetuju dengan rancangan untuk mengekang lebihan bekalan minyak global.

Menteri Tenaga Arab Saudi memaklumkan lanjutan pengurangan bekalan itu adalah selama sembilan bulan sehingga Mac depan.

Khalid al-Falih berkata,  satu atau dua pengeluar kecil  perlu mengurangkan inventori minyak untuk purata lima tahun, menjadi penada aras utama bagi kejayaan inisiatif OPEC ini.

“Semua bercakap dengan semua … menyatakan sokongan dan semangat untuk menyertai inisiatif ini, tetapi sudah tentu ia masih tidak terlepas apa-apa cadangan kreatif yang mungkin berlaku,” kata Khalid al-Falih pada sidang akhbar di Riyadh.

Beliau percaya kesinambungan pengurangan bekalan pada tahap yang sama, disertai satu atau dua pengeluar kecil, akan lebih daripada mencukupi untuk memberi keseimbangan sepatutnya menjelang akhir suku pertama tahun 2018.

OPEC, Rusia dan beberapa pengeluar telah bersetuju sejak akhir tahun lalu untuk mengurangkan pengeluaran sebanyak 1.8 juta tong sehari bagi tempoh enam bulan mulai 1 Januari lalu.

Harga minyak telah meraih sokongan tetapi inventori tinggi dan peningkatan bekalan daripada pengeluar yang tidak menyertai inisiatif itu seperti Amerika Syarikat telah menjejaskan usaha tersebut.

Pada hari Jumaat lalu, minyak mentah Brent ditutup tinggi kepada AS$53.61, paras tertinggi sejak 18 April lalu. – MalaysiaGazette