Wisma Putra
Tindakan memanggil pulang Duta Besar Malaysia ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Konsul Jeneral Malaysia di Dubai ke kementerian berkenaan disebabkan kegagalan dua pegawai terbabit menguruskan lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ke Dubai pada 29 hingga 31 Mac lalu.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Kementerian Luar sedang memantau situasi semasa insiden letupan di Arena Manchester, England pada Isnin.

Wisma Putra menerusi satu kenyataan menasihati warganegara Malaysia yang menetap di sekitar kawasan yang terjejas supaya sentiasa berada dalam keadaan berjaga-jaga.

Selain itu, rakyat Malaysia di Manchester diminta supaya mengikuti arahan pihak berkuasa tempatan di England untuk menjamin keselamatan.

Letupan bom disyaki dilakukan pengganas mengakibatkan sekurang-kurangnya 19 orang awam terbunuh manakala lebih 50 orang cedera parah.

Wisma Putra menasihatkan warganegara Malaysia yang terlibat dalam insiden berkenaan melaporkan diri kepada pihak Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London.

Rakyat Malaysia boleh berhubung dengan Suruhanjaya Tinggi Malaysia, Lndon di alamat 45-46 Belgrave Square, London SW1X 8QT atau ditalian+44 207 235 8033 dan E-mel: [email protected] – MalaysiaGazette