KUALA LUMPUR – Umat Islam bakal menyambut kedatangan 1 Ramadan dan mula menjalani ibadah puasa selama sebulan bermula esok.

Bagi penyanyi popular kelahiran Indonesia, Afgansyah Reza, Ramadan kali ini lebih istimewa kerana dia memilih untuk bercuti disamping meraikan hari jadinya yang ke-28 sekaligus berpuasa di China.

“Saya berada di luar negara sejak 24 Mei lalu kerana esok saya akan  menyambut ulangtahun kelahiran dan mahu ingin meraikannya di luar negara.

“Jadi saya akan berpuasa di China kerana saya hanya akan pulang pada 29 Mei ini.

“Bercuti ke China merupakan wishlist saya untuk meraikan ulang tahun di Tembok Besar China. Itu salah satu tempat impian saya,” katanya seperti yang dilaporkan KapanLagi.com.

Dalam pada itu, pelantun lagu Jodoh Pasti Bertemu itu berkata, tahun ini dia mahu merealisasikan dua lagi azamnya iaitu menjejak ke Mesir untuk melihat piramid dan bercuti di Afrika.

“Daripada dulu memang kalau setiap kali lihat gambar dua destinasi ini, saya selalu menyimpan hasrat mahu berkunjung ke sana. Itu impian saya pada tahun 2017 kerana mahu melancong ke lebih banyak negara,” tuturnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast