Tentera kerajaan mengawal Marawi dalam usaha menangani ancaman pengganas di selatan Filipina. foto Reuters

MARAWI – Kumpulan militan dan pasukan keselamatan bertempur di bandar selatan Filipina, mengorbankan 19 orang awam.

Dengan itu, jumlah kematian dalam pertempuran sejak seminggu lalu meningkat sekurang-kurangnya 85 orang.

Presiden Rodrigo Duterte mengumumkan darurat kecemasan untuk mengekang ancaman militan yang dikaitkan dengan Kumpulan IS.

Pihak berkuasa berkata, kumpulan militan telah membunuh 19 orang awam di Marawi – lokasi yang dihuni oleh orang Islam.

Mangsa-mangsa yang terkorban termasuk tiga wanita dan seorang kanak-kanak. Mayat mereka ditemui berhampiran universiti.

“Mereka ini semua orang awam, wanita. Pengganas ini anti-manusia. Kami menemui mayat-mayat ini ketika melakukan operasi menyelamat,” kata Leftenan Kolonel, Jo-ar Herrera.

Keganasan bermula apabila berpuluh-puluh lelaki bersenjata mengamuk di Marawi selepas pasukan keselamatan cuba menangkap Isnilon Hapilon, veteran militan Filipina yang dianggap sebagai pemimpin tempatan IS.

Lelaki-lelaki bersenjata kemudian mencucuk bendera hitam IS, menjadikan seorang paderi dan 14 orang lain dari gereja sebagai tebusan dan membakar bangunan.

Seramai 13 tentera, dua anggota polis dan 51 militan terbunuh dalam pertempuran tersebut, menurut pihak berkuasa. Ini membawa digabungkan jumlah kematian rasmi kepada sekurang-kurangnya 85.

Kebanyakan penduduk di bandar ini telah melarikan diri kerana pertempuran yang berlaku menyaksikan banyak tentera mengebom kawasan perumahan yang menjadi tempat persembunyian militan. – MalaysiaGazette