Keadaan kedai ais krim yang menjadi serangan pengebom berani mati di Baghdad. foto Agensi

BAGHDAD – Seorang pengebom berani mati meletupkan kenderaan di kedai ais krim popular Baghdad, membunuh sekurang-kurangnya lapan orang, pegawai keselamatan berkata.

Serangan itu berlaku di daerah Karrada di tengah Baghdad turut mencederakan sekurang-kurangnya 30 orang.

Kumpulan Amaq berkata, pengebom berani mati ituyang mensasarkan “perhimpunan Syiah”.

Serangan itu dilakukan selepas beberapa hari permulaan bulan Ramadan, yang mana rakyat Iraq sering membeli-belah atau bersosial selepas berbuka puasa.

Imej dan rakaman yang disiarkan di media sosial menunjukkan kesan kuat letupan yang meletup di kawasan sesak di sekitar kedai ais krim Al-Faqma. Kawasan berselerak sehingga di seberang jalan.

Satu gambar menunjukkan cawan ais krim bertaburan di atas tanah dengan berlumuran darah berikutan serangan itu. – MalaysiaGazette