LONDON – Manchester United gagal menamatkan liga dalam empat teratas untuk dua musim berturut-turut namun masih dinamakan sebagai kelab yang paling berharga di dunia memintas kedudukan Real Madrid.

Menerusi kajian terkini oleh firma perkhidmatan profesional, KPMG, United mengatasi Real Madrid dan Barcelona walaupun kelab yang dimiliki Glazer mempunyai hutang sebanyak setengah bilion pound.

Laporan itu menilai 39 kelab berdasarkan sudut populariti mereka di saluran media sosial, pendapatan untuk musim 2014-15 dan 2015-16 dan kejayaan di saingan Eropah.

Kelab-kelab itu kemudiannya disenaraikan berdasarkan nilai perusahaan, ukuran perakaunan yang digunakan untuk menilai kos bagi pembelian kelab ataupun syarikat yang mana membabitkan hutang keseluruhan perniagaan dengan KPMG mempunyai formula tersendiri bagi mencapai penilaian berkenaan.

Berikut adalah 10 kelab di Eropah yang mempunyai nilai perusahaan tertinggi

  1. Manchester United – £2.7 billion
  2. Real Madrid – £2.6 billion
  3. Barcelona – £2.41 billion
  4. Bayern Munich – £2.13 billion
  5. Manchester City – £1.73 billion
  6. Arsenal – £1.71 billion
  7. Chelsea – £1.40 billion
  8. Liverpool – £1.16 billion
  9. Juventus – £1.06 billion
  10. Tottenham Hotspur – £0.88 billion

– MalaysiaGazette