RIYADH – Keputusan Arab Saudi memutuskan hubungan diplomatik dengan Qatar tidak akan memberi kesan kepada jemaah haji dan umrah negara itu untuk menerima semua kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan.

Arab Saudi, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dan Bahrain telah meminta pelawat dan warga Qatar meninggalkan negara tersebut dalam tempoh 14 hari.

“Arab Saudi mengesahkan komitmenn dan kegigihannya untuk menyediakan semua kemudahan dan perkhidmatan kepada jemaah haji dan umrah Qatar,” kata sumber kepada Saudi Press Agency.

Ketiga-tiga negara Teluk itu juga menghalang warganya melawat Qatar dan meminta mereka yang tinggal di negara tersebut meninggalkan Qatar dalam tempoh dua minggu.

Sumber Arab Saudi berkata: “Mengikut keputusan memutuskan hubungan diplomatik dan konsular, warga Arab Saudi dilarang pergi ke Qatar, tinggal atau melaluinya. Para pelawat dan mereka yang tinggal di Qatar perlu meninggalkan wilayah itu dalam jangka masa 14 hari.

“Malangnya keputusan yang berkaitan dengan soal keselamatan menghalang warga Qatar daripada memasuki ataupun melalui Arab Saudi. Pelawat warga Qatar dan mereka yang tinggal di Arab Saudi perlu meninggalkan Arab Saudi dalam tempoh 14 hari,”. – MalaysiaGazettethe Bahrain News Agency.