Gambar yang dirakam pada 6 Ogos 2026 menunjukkan kebakaran berlaku di tapak pelupusan sampah di Rasau Jaya, Kubu Raya, Kalimantan Barat, Indonesia. FOTO DITO / AFP

JAKARTA – Presiden Indonesia Prabowo Subianto mengarahkan polis menyiasat sama ada syarikat yang dikaitkan dengan kebakaran hutan dan tanah di Sumatera dan Kalimantan boleh dipertanggungjawabkan secara jenayah, dengan menegaskan bahawa pembatalan lesen semata-mata tidak mencukupi, lapor Xinhua.

Arahan itu dikeluarkan semasa mesyuarat Kabinet pada Rabu yang membincangkan usaha memadam kebakaran dan langkah mitigasi bagi tempoh satu setengah bulan akan datang, yang dianggap pihak berkuasa sebagai tempoh berisiko tinggi berlaku kebakaran.

Prabowo berkata lesen syarikat yang didapati bertanggungjawab terhadap kebakaran itu perlu dibatalkan dan syarikat berkenaan berdepan siasatan jenayah.

Wilayah Kalimantan dan Sumatera di Indonesia berdepan kebakaran hutan dan tanah yang meluas tahun ini, dengan jerebu menjejaskan penerbangan, memaksa penutupan sekolah dan menyebabkan kualiti udara berada pada tahap berbahaya di beberapa kawasan di negara itu. – BERNAMA-XINHUA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here