London masih diberi kawalan ketat oleh pihak berkuasa selepas serangan hujung minggu lalu. foto Agensi

LONDON – Tiga orang lagi ditangkap berkaitan dengan serangan pengganas hujung minggu di London yang mengorbankan lapan orang mati, kata polis British.

Dua lelaki ditahan polis di jalan dekat Ilford, timur London, kata Polis Metropolitan dalam satu kenyataan.

Suspek ketiga ditahan di sebuah rumah di kawasan yang sama di ibu negara British. – MalaysiaGazette