KUALA LUMPUR – Jutawan kosmetik, Datuk Aliff Syukri hari ini ‘mengamuk’ selepas menangkap salah seorang pembantu rumahnya yang didakwa mencuri barang dan wangnya.

Beliau yang memuatnaik rakaman menyoal siasat pembantu rumahnya di laman media sosialnya.

Difahamkan, Aliff menemui wang, pakaian isteri, kain dari Itali dalam beg pembantu rumahnya.

Dalam rakaman yang sama, Aliff mengugut mahu membuat laporan polis dan pembantu rumahnya yang baru sebulan bekerja itu merayu-rayu meminta maaf.

“Bibik pencuri, dia ingat dia bini aku..saya dah bagi bermacam-macam kemudahan baju raya ,duit raya, duit belanja untuk anak-anak dia siap belikan make up hias wajah. dia tak buat keja pun saya tak marah ini yg di balas dengan saya,” tulis Aliff di laman Facebooknya.

Menurut beliau, pembantu rumahnya itu sudah siap sedia untuk melarikan diri dan semua yang dicuri telah dimasukkan di dalam beg.