Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien.

KUALA LUMPUR – Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) diarahkan untuk menyiasat punca nahas pesawat miliknya, Hawk 108 yang terhempas dengan terperinci dalam kadar segera.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam twit terbarunya berkata, arahan itu telah dikeluarkannya bagi mengenal pasti punca nahas.

“Saya telah arah @airforcenextgen jalankan siasatan terperinci dengan kadar segera bagi kenalpasti punca nahas #Hawk108,” katanya dalam akuan Twitternya, sebentar tadi.

Jet pejuang dua tempat duduk, Hawk 108 milik TUDM hilang di utara Kuantan iaitu di sempadan antara Terengganu dan Pahang, kira-kira 11.30 pagi, hari ini.

Pesawat malang itu berlepas dari Pangkalan Udara Kuantan pada jam 11 pagi dan terputus hubungan selepas 30 minit kemudian.

Hishamuddin juga mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat dalam nahas terbabit abit.

“Semoga Allahyarham Mejar Hasri & Allahyarham Mejar Yazmi dicucuri rahmat oleh Allah SWT. Al-Fatihah #Hawk108,” katanya.

Hishammuddin turut melahirkan rasa sedih dalam kejadian yang meragut dua anggota TUDM terbabit.

“Innalillahiwainnailayhirajiun. Sedih terima berita kematian 2 juruterbang @airforcenextgen yg terlibat dlm nahas #Hawk108 pagi tadi,” katanya. – MalaysiaGazette