Remaja nyaris maut leher terbelit, tergantung di pokok

PENDANG – Seorang remaja nyaris maut apabila tali yang digunakan untuk memetik buah kelapa terbelit di tangan dan leher.

Dalam sebuah video berdurasi lebih kurang 2 minit menunjukkan remaja yang bergantung dengan memetik buah kelapa sebagai mata pencarian, bergelut beberapa minit sebelum diselamatkan oleh lelaki lain dipercayai rakannya.

Rakaman detik cemas yang berlaku di Pendang, Kedah itu mula tular di laman-laman sosial melalui aplikasi Whatsapp.

Menurut seorang lelaki yang mengenali remaja tersebut memberitahu MalaysiaGazette bahawa memeanjat pokok dan memetik kelapa merupakan pekerjaan utama pemuda tempatan itu.- MalaysiaGazette