Home Dunia Percubaan serangan ke atas Masjidil Haram digagalkan

Percubaan serangan ke atas Masjidil Haram digagalkan

Keadaan bangunan yang runtuh selepas seorang pengganas meletupkan diri sendiri. foto Reuters

RIYADH – Seorang pengebom meletupkan diri ketika pasukan keselamatan mengelilingi bangunan yang menjadi tempat persembunyiannya, menurut Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi.

Suspek dipercayai melakukan tindakan pengganas terhadap Masjidil Haram di Mekah.

Letupan itu menyebabkan bangunan itu runtuh, mencederakan 11 orang, termasuk pegawai polis.

Susulan itu, lima anggota militan yang disyaki telah ditahan.

Kejadian itu berlaku semasa jutaan umat Islam berada di Mekah menjelang akhir Ramadan.

Bagaimanapun, Arab Saudi tidak memberi butiran lanjut mengenai serangan itu.

Negara itu menjadi sasaran beberapa siri serangan yang didakwa oleh Kumpulan IS. – MalaysiaGazette