Selama ini kita sering tersalah sangka menyatakan telur tidak baik untuk kesihatan dimana ianya adalah kolesterol yang boleh menyebabkan saluran jantun g tersumbat. Ada juga yang meminta kita untuk berpantang daripada mengambil telur jika tubuh badan kita terluka.
Sebenarnya telur adalah sumber protien yang diperlukan oleh badan untuk tujuan pemulihan sel tubuh badan yang rosak akibat aktiviti harian.Jika dahulu kita dinasihatkan oleh doktor untuk mengambil telur hanya 4 biji seminggu tetapi dengan khasiat telur yang terlalu banyak kita boleh mengambil telur sebanyak maksima lebih 30 biji telur sehari tanpa ada masalah kesihatan.
Telur yang lebih baik jika telur itu berasal dari haiwa yang pemakanannya adalah semulajadi supaya kandungan ‘omega 3’ nya lebih tinggi dari haiwan yang dipelihara dan diberi pemakanan dedak yang tidak berkhasiat.
Contoh telur yang baik adalah dari telur ayam kampung, itik , ikan laut dan sebagainya.
Kalau anda mahu tingkatkan tahap protein dalam badan anda, telur adalah pilihan terbaik. Bukan sahaja ia sangat mudah untuk disediakan, tapi juga sangat murah berbanding sumber protein yang lain. Sebiji telur rebus mengandungi 85 kalori dan 7 gram protein. Telur bukan sahaja mempunyai kandungan protein yang tinggi, malah segala jenis vitamin yang penting untuk badan kita seperti kalsium, folat (vitamin B9), Vitamin A, D, E, B1, B3, B6, B9, B12 dan banyak lagi.
Kita selalu takut untuk makan telur kerana telur kuning dikaitkan dengan kolestrol. Tapi kita tidak tahu yang sebenarnya telur kuning mengandungi mineral dan vitamin ini. Telur kuning yang kandungan omega 3 yang tinggi sangat bermanfaat kepada tubuh badan manusia kerana ianya mengurangkan kadar inflamasi dalam badan.
Antara khasiat yang boleh kita dapat dari telur adalah ia menjadikan sistem imun yang lebih baik.Jika anda tidak mengamalkan makan telur dalam diet anda, anda perlu mulakan sekarang, kerana dengan pengambilan telur dapat memastikan badan anda tidak dijangkiti bakteria dan virus secara semulajadi.
Makan telur yang bersaiz besar (saiz AA) kerana ia mengandungi hampir satu perempat kandungan selenium yang badan kita perlukan. Selenium adalah nutrien yang badan kita perlukan untuk memperbaiki daya tahan badan dan juga mengawal hormon tiroid.
Selain daripada itu kandungan kolestrol yang lebih baik kerana kita tahu yang telur mengandungi kolestrol, tapi kita jangan ingat semua kolestrol adalah tidak baik untuk kita. Kolestrol daripada telur hanya menambahkan kadar kolestrol yang baik sahaja.iaitu ianya meningkatkan kolesterol baik iaitu HDL (high density lipid) yang banyak memberi manfaat dalam kawalan hormon serta sumber kolesterol yang diperlukan oleh otak dan sistem saraf kita. Untuk pengetahuan semua otak dan sistem saraf kita terbentuk 90% adalah dari kolesterol.
Telur boleh mengurangkan risiko sakit jantung kerana telur mengubah kolesterol LDL kepada HDL.Kolestrol yang tidak baik menyebabkan saluran arteri kita tersekat. Kolestrol LDL (Low-density Lipoprotein) mempunyai zarah-zarah yang kecil dan juga besar. Zarah-zarah kecil ini akan menyebabkan saluran tersumbat, manakala zarah-zarah yang besar akan membuatkan saluran bebas dari tersumbat. Jadi dengan menambahkan zarah-zarah besar ini ke dalam saluran darah, risiko untuk diserang sakit jantung lebih rendah.
Telur dapat menambah kadar tenaga dimana kandungan Vitamin B2 dalam telur juga dikenali sebagai riboflavin. Ia amat penting kerana dapat membantu badan kita menukar makanan menjadi tenaga. Untuk proses ini berlaku, badan kita memerlukan lebih tenaga. Sebiji telur mengandungi 15% daripada keperluan harian vitamin B2.
Antara khasiat yang lain ia dapat menjadikan rambut dan kulit yang lebih sihat. Selain vitamin B2, telur juga kaya dengan vitamin B5 dan B12. Vitamin-vitamin kompleks ini sangat penting jika anda mahukan kulit, rambut dan kuku yang lebih sihat dan cantik. Kedua-dua putih dan kuning telur baik untuk kulit dan rambut.
Kuning telur berfungsi untuk menyuburkan dan menguatkan rambut, manakala kandungan vitamin A dan kolagen yang tinggi dalam putih telur pula membantu mempercepatkan proses rawatan kulit terbakar dan parut, jerawat, kedutan dan juga ruam. Dengan khasiat 69 jenis protein yang ada dalam telur, anda boleh bayangkan bagaimana hebat telur boleh membantu menghilangkan garis halus pada muka anda. Telur juga boleh dijadikan salah satu bahan dalam face mask anda.
Seperti yang saya katakan tadi telur dapat memberi perlindungan kepada otak.Ramai yang tidak tahu tentang ini, tapi telur amat penting untuk otak kita. Choline yang terkandung di dalam telur bertanggungjawab dalam proses ini. Choline diperlukan untuk neurotransmitter (pemancaran neuro) dalam otak kita berfungsi dengan baik. Kekurangan nutrien ini boleh menyebabkan masalah saraf di dalam otak.
Badan mendapat asid amino yang diperlukan .Badan kita mampu menghasilkan sehingga 11 asid amino yang diperlukan badan untuk berfungsi. Namun, badan kita masih perlukan lagi 9 asid amino, yang mana ianya didapati di dalam telur.
Kita dapat mengurangkan tekanan dan kebimbangan. Jika badan anda tidak dibekalkan dengan asid amino yang terkandung di dalam telur, ia boleh memberi kesan kepada otak anda. Mengikut kajian pada 2004, mineral dan vitamin dalam telur boleh meningkatkan serotonin dalam badan, yang mana boleh mengurangkan tekanan dan juga rasa bimbang.
Telur juga dapat memelihara kesihatan mata dimana Lutein dan zeksantin adalah dua asid amino yang didapati dalam telur yang dapat menjaga kesihatan mata anda, dan dengan pengambilan yang kerap boleh mengurangkan penyakit yang berkait dengan mata.
Tapi, kedua-dua asid amino ini hanya terkandung di dalam kuning telur. Jadi jangan takut untuk makan kuning telur,
Telur dapat membekalkan vitamin D yang diperlukan untuk tulang dan gigi yang lebih baik.Vitamin D sangat penting untuk kesihatan tulang dan gigi kita. Vitamin D dalam telur membantu penyerapan kalsium, dan vitamin D juga baik untuk kesihatan hati.
Jadi kita sebenarnya tidak perlu risau untuk mengambil telur dalam diet makanan kita seharian kerana ianya sangat baik untuk kesihatan kita. Dengan pengambilan telur juga dalam diet kita, kita dapat mengurangkan pengambilan karbohidrat untuk memastikan kita kenyang. Seterusnya membantu kita dalam mengurangkan kalori makanan kita.
Dr Norzaidi bin Zakaria
Biro media PERDIM
019 4787274