NEW YORK – Niaga hadapan minyak mentah naik untuk sesi keempat berturut-turut pada hari Selasa ketika peningkatan kebimbangan peningkatan bekalan minyak yang akan menjejaskan harga.

Kontrak minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) A naik AS$0.12 sen, atau 0.3 peratus kepada AS$43.50 setong pada 0323 GMT.

Niaga hadapan minyak mentah Brent pula bertambah sebanyak AS$0.14 sen, atau 0.3 peratus, kepada AS$45.97 setong.

Pasaran naik sedikit setakat minggu ini selepas turun selama lima minggu yang lalu.

“Pasaran telah jatuh begitu banyak kerana berita buruk secara konsisten untuk pasaran minyak,” kata Ric Spooner, Penganalisis Pasaran CMC Markets di Sydney.

Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan rakan-rakannya telah berusaha untuk mengurangkan kelembapan minyak mentah global dengan pengurangan pengeluaran.

OPEC dan 11 pengeksport lain bersetuju pada bulan Mei lalu untuk melanjutkan pengurangan sebanyak 1.8 juta tong sehari sehingga Mac tahun depan

Walau bagaimanapun, Nigeria dan Libya, kedua-duanya ahli OPEC yang dikecualikan daripada perjanjian itu telah meningkatkan pengeluaran.

Iran dibenarkan menaikkan pengeluaran selepas kehilangan pasaran akibat sekatan Barat ke atas program nuklearnya.

Negara itu memberitahu, pengeluarannya melepasi 3.8 juta tong sehari dan dijangka mencapai 4 juta bpd menjelang Mac.

Pengeluaran minyak syal Amerika Syarikat pula telah meningkat sekitar 10 peratus sejak tahun lepas, dengan bilangan medan minyak beroperasi pada tahap tertinggi dalam lebih dari tiga tahun. – MalaysiaGazette