Ebrahim Raisi. Foto AFP

TEHRAN – Tiada tanda-tanda penumpang yang hidup dalam helikopter yang membawa Presiden Iran, Ebrahim Raisi dan pegawai-pegawai kerajaan yang dilaporkan terhempas di barat laut Iran.

“Apabila menemui helikopter itu, tiada isyarat ada penumpang helikopter yang masih hidup,” lapor TV kerajaan.

Media melaporkan, helikopter yang membawa Ebrahim dan Menteri Luar Iran itu hangus terbakar sepenuhnya. – Agensi