Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin berkenan bersalaman bersama orang ramai sambil diiringi Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya peringkat negeri Selangor di Padang Perbandaran MPAJ Pandan Indah, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 02 JULAI 2017.

AMPANG – Kehadiran Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin mencemar duli ke Rumah Terbuka Selangor di Pandan Indah hari ini menjadi tumpuan ramai.

Pasangan diraja itu juga menarik minat orang ramai dan mengambil gambar terutama Tengku Pemaisuri Norashikin pada majlis yang diadakan di Padang Perbandaran Majlis Ampang Jaya itu.

Difahamkan, lebih 5,000 orang hadir dan kerajaan negeri menyediakan bas pengangkut dari stesen bas dan LRT dari seluruh kawasan di Selangor.

Selain bersalaman dengan rakyat baginda dan isteri juga menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak dan golongan kurang bernasib baik pada majlis yang sama.

Turut mengiringi baginda ialah Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan barisan Exco kerajaan negeri termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri Cempaka, Datuk Iskandar A. Samad.- MalaysiaGazette