SINGAPURA – Harga minyak merosot pada awal perdagangan Asia hari ini, menghentikan lapan hari berturut-turut keuntungan dalam pasaran bahan bakar itu.

Niaga hadapan minyak mentah Brent diniagakan AS$49.43 setong pada 0147 GMT, turun AS$0.25 sen atau 0.5 peratus daripada penutupan terakhir.

Minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) merosot sebanyak 0.5 peratus kepada AS$46.85 setong.

Kejatuhan harga itu berlaku selepas kedua-dua tanda aras itu pulih kira-kira 12 peratus daripada paras terendah baru-baru ini pada 21 Jun lalu.

Ramai peniaga menutup kedudukan sebelum cuti Hari Kemerdekaan Amerika Syarikat pada 4 Julai ini manakala Brent juga menghadapi rintangan teknikal ketika ia mendekati paras AS$50 setong, kata peniaga.

Meskipun begitu, sentimen pasaran berubah sedikit. – MalaysiaGazette