LONDON –  Manchester United kini mempertimbangkan untuk menjadikan pemain tengah Borussia Dortmund, Julian Weigl sebagai salah satu calon mengisi posisi pemain tengah bertahan.

Pemain antarabangsa Jerman berusia 21 tahun itu dilihat sebagai calon pengganti jika United gagal mendapatkan pemain Chelsea, Nemanja Matic dan Eric Dier dari Tottenham Hotspurs.

Mourinho nekad menambah pemain tengah untuk skuad mereka musim panas ini dengan dua pemain itu sebagai antara pilihan yang boleh membarisi skuad Reds musim depan.

Matic yang menjadi calon utama Mourinho menyertai Chelsea pada 2014 dari Benefica dan memainkan peranan penting ketika The Blues menjuarai Liga Perdana Inggeris sebelum ini.

Bagaimanapun menurut akhbar England, Matic kini ingin bersama Mourinho dan memaksa Chelsea menerima bidaan yang dibuat.

Ini kerana Matic juga dilaporkan lebih gembira di bawah kendalian Mourinho berbanding Conte berikutan beberapa insiden yang berlaku.

Selain United, Juventus antara pasukan yang mahukan khidmat Matic pada musim depan. – MalaysiaGazette