Foto Instagram Aliff Aziz

KUALA LUMPUR – Penyanyi Aliff Aziz bergelar bapa selepas isterinya, Bella selamat menimang cahaya mata lelaki pada petang, semalam.

Aliff atau Mohamad Aliff Aziz, 26, menerusi laman sosial Instagramnya miliknya telah memuat naik gambar dia sedang memangku bayinya di sisi isteri tersayang, Bella atau Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 23,

Bagaimanapun Aliff tidak mendedahkan wajah anaknya.

Menerusi kapsyen yang ditulis, Aliff jelas bersyukur dengan kehadiran puteranya yang diberi nama Mohamad Ayden Adrean.

 “Alhamdulillah ke hadrat Allah SWT, pada hari mulia ini lahirnya anakandaku dengan selamat. Terima kasih mummy telah menjadi wanita paling kuat melalui saat getir untuk kelahiran anak yang comel ini.

“Inlah hari yang daddy dan mummy tunggu-tunggu. Selamat datang dalam keluarga kita Mohamad Ayden Adrean, kamu akan menyinari kehidupan kami kini dan selamanya,” tulis Aliff.

Aliff dan Bella berkahwin pada 9 September tahun lalu. – MalaysiaGazette