Harga minyak 13 hingga 19 Julai 2017

KUALA LUMPUR – Harga minyak bermula esok mengalami kenaikkan sedikit berbanding minggu lepas, tapi kenaikkan tersebut masih lebih rendah berbanding Jun 2017.

Bahan bakar RON95 naik 4 sen menjadi RM1.97 seliter berbanding RM1.93 minggu lepas.

RON97 pula naik 3 sen menjadi RM2.22 seliter berbanding 2.19 minggu lepas.

Sementara itu diesel juga naik sebanyak 5 sen menjadi RM1.96 seliter berbanding RM1.91 minggu lepas.

Harga petrol dan diesl ini akan berkuatkuasa selama seminggu bermula jam 12 awal pagi Khamis sehingga 19 Julai.

Mekanisme harga baharu bahan api mingguan digunakan bermula April lalu.

Harga petrol dan diesel telah diletakkan pada sistem apungan bulanan sejak 1 Disember 2014, berikutan penghapusan subsidi bahan api.

Dengan mekanisme mingguan baharu ini, harga minyak akan diumumkan setiap Rabu dan harga yang baharu berkuatkuasa selepas tengah malam. – MalaysiaGazette