Struktur lebuh raya yang belum siap runtuh dekat Pan-Island Expressway (PIE), Singapura. foto The Business Times

SINGAPURA – Seorang pekerja terbunuh manakala 10 laggi cedera selepas struktur lebuh raya yang belum siap runtuh di susur keluar Pan-Island Expressway (PIE) ke Tampines Expressway (TPE) awal pagi ini.

Pasukan Pertahanan Awam yang dimaklumkan tentang kejadian itu pada pukul 3.35 pagi itu berkata, runtuhan itu melibatkan struktur di sepanjang Upper Changi Road East.

Kira-kira 60 anggota pertahanan dibantu oleh anjing pengesan terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat.

Seramai 10 pekerja yang cedera dibawa ke Hospital Changi untuk rawatan, kata pasukan pertahanan awam.

NewsAsia Channel dimaklumkan pekerja-pekerja yang cedera adalah dari China dan Bangladesh.

Dua daripada mereka mengalami kecederaan ringan manakala keadaan yang lain tidak diketahui. – MalaysiaGazette