Dr Noor Hisham Abdullah
Dr Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan satu kes baru yang disahkan rabies melalui ujian makmal semalam yang melibatkan seorang lelaki berumur 52 tahun daripada Kampung Remun, Serian Sarawak.

Pesakit itu pernah digigit anjing pada awal Mei lalu.

Ketua Pengarah, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, lelaki itu telah mengalami lemah anggota kaki, kebas, sakit belakang serta kebingungan pada 11 Julai lalu dan telah dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak (SGH) untuk rawatan lanjut.

Dengan perkembangan terbaharu itu, setakat ini terdapat lima kes rabies di Serian, Sarawak yang mana empat (4) kes telah meninggal dunia dan satu (1) kes sedang dirawat di SGH. – MalaysiaGazette