Jose Mourinho

LOS ANGELES – Manchester United tidak berminat untuk membelanjakan besar untuk mendapatkan pemain baharu bagi menggalas persaingan Liga Perdana Inggeris musim depan.

Pengurusnya, Jose Mourinho berkata, beliau gembira dengan skuad sekarang dan ingin memiliki dua pemein lagi untuk memperkukuhkan pasukannya.

“Seorang pemain yang boleh bermain di bahagian sayap sedang dicari. Tetapi saya tidak boleh bercakap tentang pemain pasukan lain,” katanya.

Bintang Inter Milan, Ivan Perisic merupakan sasaran utama Mourinho untuk menguatkan skuad Red Devil.

Bagaimanapun yuran pelepasan yang tinggi dituntut kelab Itali itu menjadi penghalang kepada kelab milik keluarga Glazer dari Amerika Syarikat memiliki pemain tersebut.

Sementara itu, Naib Presiden Manchester United, Ed Woodward dilaporkan memulakan perbincangan dengan Paris Saint Germain untuk mendapatkan penyerang, Marco Verratti yang baru berusia 24 tahun. – MalaysiaGazette