Nemanja Matic

MANCHESTER – Sebaik sahaja sah menjadi pemain Manchester United, Nemanja Matic tampil mendedahkan alasan kenapa dia memilih untuk berhijrah dari Chelsea.

Matic merupakan pemain ketiga dibeli United pada jendela perpindahan musim baharu selepas menandatangani kontrak selama tiga tahun.

Selepas diperkenalkan sebagai pemain United, Matic mengaku faktor utama memilih United kerana idolanya pernah berkhidmat bersama kelab gergasi berkenaan.

Pemain berusia 28 tahun itu berkata, keputusaan ke United adalah kerana ingin mngikut jejak Nemanja Vidic yang banyak berjasa di Old Trafford.

Vidic yang merupakan rakan senegara Matic adalah pertahanan kental United ketika di bawah bimbingan Alex Ferguson.

“Vidic adalah pemain yang hebat dan dia menjadi lebih hebat di sini Old Trafford. Dia adalah ketua pasukan ketika saya mula menyertai skuad kebangsaan.

“Saya akan lakukan yang terbaik untuk mengulangi apa yang telah dia lakukan walaupun perlu berdepan pelbafai cabaran,” katanya kepada MUTV. – MalaysiaGazette