Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakatr berkongsi kejayaan JSJK Bukit Aman menahan tiga suspek penipuan forex MGC berkerugian RM37 juta hari ini.

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia berjaya menumpaskan sindiket penipuan pelaburan Forex atau mata wang asing di negara ini yang bernilai lebih RM39 juta.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam akaun twitternya mengesahkan kejayaan polis Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman dalam penangkapan suspek tersebut.

Menurut beliau, tiga suspek berjaya ditahan polis dalam serbuan di dua negeri pantai timur.

“Syabas JSJK B Aman @ PDRMsia tkap 3 orang di Maran Pahang dan Kota Bharu terlibat Pelaburan Forex MGC Kapital.

“Mangsa kerugian RM37 juta,” katanya di laman sosial Twitter hari ini.

Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Acryl Sani Abdullah Sani dalam satu kenyataan sebagai mengulas lanjut kenyataan IGP berkata, penahanan itu dibuat pada Selasa lepas.

Katanya, pasukan polis JSJK Bukit Aman telah membuat tangkapan tiga lelaki dalam satu serbuan bermula 12 tengahari hingga lewat malam.

“Kesemua suspek menawarkan pelaburan Forex dengan keuntungan 10 peratus setiap miggu selama empat tahun,” katanya.

Jelas beliau lagi, polis telah menerima 114 laporan di atas kes pelaburan forex MGCfx ii bermula Februari 2016 hingga Julai 2017 lalu.

“Jumlah kerugian mangsa setakat ini melibatkan RM39.60 juta dan sebanyak 20 kertas siasatan telah dibuka berhubung sindiket pelaburan terbabit di mana pengasasnya yang dikenali sebagai Dato Seri Othman Mohd Zain (turut ditangkap).

“Pembayaran pelaburan oleh mangsa dibuat ke akaun Maybank MGC Capital Sdn Bhd dan pendaftaran dibuat melalui laman web www.mgcforex.com.

“Ia telah mula beroperasi sejak bulan Jun 2014 lalu dan sekitar Ogos 2015 pembayaran kepada pelanggan atau pelabur forex gagal dibuat.

“Semua suspek akan dipohon reman untuk siasatan lanjut,” tegasnya lagi.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast