Sebelum ini, pemain berusia 20 tahun tersebut dipinjamkan kepada satu lagi kelab Kejuaraan,Wolverhampton Wanderes.

MANCHESTER – Pemain muda Manchester United, Cameron Borthwick Jackson sekali lagi akan dipinjamkan kepada pasukan Liga Kejuaraan, Leeds United pada musim baharu ini.

Memetik laporan ESPN, Jackson hanya dibenarkan untuk ‘pinjaman’ demi memberikannya lebih banyak aksi di samping menambahkan lagi pengalaman bersama pasukan terbabit.

Sebelum ini, pemain berusia 20 tahun tersebut dipinjamkan kepada satu lagi kelab Kejuaraan,Wolverhampton Wanderes.

Ketua jurulatih Leeds United, Thomas Christiansen berminat membawa masuk pertahanan kiri United yang berjaya membuat 14 penampilan bersama Red Devils ketika era Louis Van Gaal pada musim 2015/2016.

Pengurus Jose Mourinho tidak menyenaraikannya dalam aksi jelajah pra-musim di Amerika Syarikat baru-baru ini.

Bagaimanapun, menerusi kenyataan kelab pemain muda itu hanya berstatus ‘pinjaman’ dan bukan untuk dijual. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast