MANILA- Mesyuarat di antara Menteri Luar China dan Menteri Luar Vietnam terpaksa dibatalkan disebabkan ketegangan di antara kedua-dua negara semakin meningkat ekoran isu Laut China Selatan.
Vietnam pernah menyuarakan kebimbangan terhadap pembinaan pulau serta mengkritik aktiviti ketenteraan di Laut China Selatan.
Vietnam muncul sebagai penentang tuntutan China yang paling lantang di Laut China Selatan.
Pegawai-pegawai Kedutaan China bagaimanapun tidak memberi sebarang alasan berhubung pembatalan mesyuarat tersebut yang dijadualkan pada Isnin di Manila.
Pegawai Kementerian Luar China berkata, mereka “telah bertemu namun Reuters tidak mendapat maklum balas segera daripada Kementerian Luar Vietnam berhubung perkara ini”. – MalaysiaGazette
















