Cristiano Ronaldo berlatih dengan rakan sepasukan menjelang perlawanan timbal balik Piala Super Sepanyol menentang Barcelona Rabu ini, walaupun digantung lima perlawanan kerana menolak pengadil Ahad lalu. Foto: The Sun

MADRID – Cristiano Ronaldo digantung lima perlawanan kerana menolak pengadil, Ricardo de Burgos Bengoetxea pada pada aksi pertama Piala Super Sepanyol yang menyaksikan Galacticos menjinakkan Barcelona 3-1 di Nou Camp kelmarin.

Terdahulu, pemain antarabangsa Portugal itu digantung satu perlawanan kerana dilayang kad merah selepas menerima kad kuning kedua.

Ronaldo juga digantung empat perlawanan lagi gara-gara menolak pengadil kerana tidak berpuas hati dengan keputusannya.

Bintang Real Madrid itu dilayang kad kuning kedua dan dibuang padang kerana sengaja merebahkan diri dalam kotak penalti pasukan lawan.

Ronaldo akan terlepas perlawanan timbal balik Piala Super Sepanyol menentang Barcelona pada 16 April, Deportivo La Caruna (La Liga), Valencia (La Liga), Levante (La Liga) dan Real Sociedad (La Liga).

Pengurus Real, Zinedine Zidane yang kecewa dengan penggantungan Ronaldo berkata: “Itu bukan penalti tetapi kad merah terhadap Ronaldo suatu tindakan melampau.

“Keputusan itu sukar diubah, namum kami akan cuba sedaya upaya untuk memastikan Ronaldo bermain pada Rabu,” katanya.

Sementara itu, Kapten pasukan Sergio Ramos yang mempertahankan tindakan Ronaldo berkata, pemain itu mungkin tidak dapat menyeimbangkan badannya sebelum terjatuh. – MalaysiaGazette