Marcus Rashford

BARCELONA – Barcelona kini dikatakan sedang mengintai khidmat penyerang Manchester United, Marcus Rashford selepas melengkapkan perpindahan Ousmane Dembele dari Borussia Dortmund.

Rashford, 19, disasarkan pada musim panas akan datang sebagai pengganti Luis Suarez oleh kelab gergasi La Liga itu.

Menurut laporan Don Balon, Ernesto Valverde berusaha untuk memperkukuhkan jentera serangan Barcelona selepas pemergian Neymar ke Paris Saint-Germain.

Namun, Barca perlu berbelanja besar memandangkan Rashford dianggarkan bernilai 185 juta pound sterling.

 Rashford mempamerkan prestasi cemerlang pada awal musim ini bersama United dan Jose Mourinho pastinya enggan melepaskan tonggak utama pasukan itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast